Saturday, September 3, 2011

Mat Sabu - Komunislah hero negara...


Mengenai perkara tersebut, ia amat mengejutkan apabila Mat Sabu menyatakan atau bersaran bahawa anggota-anggota polis yang terkorban di Bkt.Kepong bukanlah hero dan kumpulan komunislah sepatutnya hero negara.
Kita rasa tersinggung dengan kenyataan tersebut dan rasa pelik juga kenapa Mat Sabu sanggup mengeluarkan kenyataan tersebut. Apakah dia sudah ke tandusan idea untuk mendapatkan sokongan atau agenda untuk berdialog dengan penyokongnya?
Adakah dia sebenarnya “trojan horse” parti pemerintah yang diselitkan dalam PKR untuk membuat hal dan kecoh supaya penyokong tersebut akan memulaukan parti tersebut?
Pelbagai reaksi kesangsian dan kontrovesi terhadap Mat Sabu kini telah tercetus apatah lagi dengan tuduhan penyelewengan perbelanjawan perubatannya baru-baru ini. Ia sedikit sebanyak memang memberi persepsi buruk terhadap PKR dan PAS yang berlaung-laungkan ketelusan dan keadilan.
Akan tetapi pada pendapat saya, penyokong dua-dua parti tersebut tidak mudah berpindah kem, tetapi lebih bersikap ingin tahu daripada mahu mengambil tindakan memulaukan parti tersebut.
Mereka kini mesti berpendapat bahawa Mat Sabu ini sebenarnya agen parti pemerintah. Mahu tak mahu, saya rasa inilah sentimen golongan penyokong parti lawan ini buat masa kini.
Kenyataan yang dikeluarkan Karpal Singh memang dilihat sebagai “damage control” buat parti PKR. Memang diketahui suatu kenyataan akan dikeluarkan PKR untuk mengawal situasi daripada menjadi lebih teruk. Tetapi, seperti biasa adakah kenyataan tersebut sememangnya jujur? Adakah ianya suatu daripada pelbagai cara untuk memperbetulkan suatu perkara atau percakapan yang terlanjur batas kefahaman dan perjuangan parti tersebut?
Walau bagaimana pun, kenyataan Mat Sabu ini adalah sangat tidak bertanggung jawab dan tidak sepatutnya diungkapkan oleh seseorang pemimpin rakyat yang kononnya memperjuangkan hak-hak kebebasan dan kemerdekaan rakyat.
Tidak kira fahaman apajua pun, perjuangan oleh anggota keselamatan negara kita untuk mempertahankan kemerdekaan negara ini tidak dapat dipertikaikan.

No comments:

Post a Comment